mari belajar

Wednesday, November 10, 2010

Izayyak?? Isy Launak???

Assalamualaikum semua...... Apa khabar? Lama dah saya tak masuk blog ni. sibuk memanjang. Masa tak sibuk intenet pulak tak ada. Insya Allah lepas ni saya akan pebaiki lagi blog ni dan insya Allah saya akan gunakan untuk tujuan pendidikan..
Kepada pelajar-pelajar boleh la kunjungi blog ni untuk mengambil manfaat. insaya Allah saya akan masukkan bahan-bahan bahasa Arab dan cuba menjawab kemusykilan anda semua (tu pun kalu tau jawab la).
Kepada yang tak pernah dengar dua perkataan di atas, itu adalah ucapan pertanyaan khabar dalam loghat 'ammi (bahasa pasar) arab. kedua-duanya seerti dengan Kaifa Haaluka?.. jadi kepada sesiapa yang nak belajar bahsa tersebut, maka dia mesti belajar Bhasa Arab Fushah dulu betul-betul. Banyak lagi perkataan-perkataan yang menarik didengar dalam loghat tersebut seperti Sobahalful dan sebagainya.
Buat pelajar-pelajar saya, selalulah kunjungi blog ini untuk mempelajari Bahasa Arab.
sekian dulu...
Wassalam

Thursday, July 15, 2010

Maaf.. tak sempat nak edit blog ni

Aiiii banyak sungguh kerja kat sekolah ni.. Sampai tak sempat nak edit blog ni. nak balik buat kat rumah, takde intenet pulak. Ni pun baru ada ruang sikit... Masuk waktu magrib pulak dah. Tak sempat lagi. Nanti la lain kali pulak kalu ada masa terluang... Sorry la ye cikgu.... hehehe

Tuesday, June 15, 2010

Sekalung penghargaan

Terima kasih saya ucapkan kepada guru yang mengajar saya buat blog ni. insya allah saya akan terus memperbaiki blog ini dari semasa ke semasa supaya menjadi lebih baik. terima kasih sekali lagi. semoga Allah membalas jasa cikgu. Celik Insan Kerana Guru Unggul,,, itulah C.I.K.G.U. sekian

Monday, June 14, 2010

Sedarlah...

Assalamualaikum semua.... Bertemu kembali. Hari ni saya nak cakap sikit pasal budak-budak sekolah yang suka hisap rokok ni. Saya nasihatkan kau orang semua, bawa-bawa la bertaubat. rokok tu tak sedap. Baik kau orang pegi makan nasi ayam atau bagi ayam makan kenyang-kenyang. Kalau duit dah banyak tu, tak payah la hisap rokok, belanja la kawan makan. Dapat pahala. boleh jadi bekal kat akhirat. ok. sekiann...

Selamat Datang

Assalamualaikum... Selamat datang diucapkan kepada anda semua. Semoga anda suka mengunjungi blog ini lagi.. sekian